Korang tau tak, penduduk Malaysia mempunyai kadar obesiti yang paling tinggi di Asia Tenggara? Hasil kajian World Health Organisation (WHO) pada tahun 2011 menunjukkan, 44.2 peratus rakyat Malaysia mempunyai BMI melebihi indeks yang sihat. Betul ke?
Ini kajian semasa tahun 2011, korang bayangkan sekarang dah 2018… Tak mustahil hampir separuh daripada rakyat Malaysia hari ini menghidap obesiti..
Bukan itu saja, ada kajian daripada WHO juga menyatakan tahun 2025 nanti, seramai 70 juta kanak-kanak di seluruh dunia akan menghidap obesiti ni. Hmmm… Takutnya..So, apa kita kena lakukan?
Beko dengan Barcelona FC perangi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
Korang mesti tahu tentang pasukan bola sepak Barcelona FC kan? Alah, yang ada Pique, Messi, Suarez, Ter Stegen dengan Rakitic tu. Tapi korang tau tak Beko tu apa?
Beko ni merupakan satu jenama global yang menjual peralatan dan perkakasan elektronik di rumah. So, bila Beko menyedari betapa bahayanya masalah obesiti ni, mereka dapat idea untuk team up dengan pasukan bola sepak Barcelona FC ni.
Melalui kolaborasi ni,
Beko nak tingkatkan
global awareness tentang obesiti dengan mengadakan kempen
Eat Like A Pro khusus untuk ibu bapa, supaya memberikan anak mereka makanan yang sihat. Kami belanja satu video dulu kenapa masalah obesiti ni merupakan masalah yang serius.
Check it out.
Korang yang dah jadi parents mesti tau kan, tak mudah anak-anak nak makan makanan yang sihat seperti sayur dan buah-buahan. Malah orang dewasa pon kadang-kadang susah nak makan secara sihat. Hmmm…
Melalui kempen Eat Like A Pro ni, pemain bola sepak terkenal daripada Barcelona FC seperti Pique, Messi, Suarez, Ter Stegen dengan Rakitic akan tunjukkan apa yang diorang makan untuk kekal aktif dan cergas di atas padang.
Memandangkan kanak-kanak mudah meniru apa yang orang dewasa lakukan, lebih-lebih lagi idola diorang, diharap kempen ni dapat menarik minat diorang untuk makan makanan yang sihat.
Haaa.. daripada situ lah parents boleh galakkan anak-anak diorang untuk ambil makanan yang sihat, macam hero yang diorang minat.