Hati Saya Kering, Tak Kisah Mereka Mengata Gaya Rambut Saya – Scha Al Yahya
Aidilfitri lalu sepatutnya menjadi hari semua orang saling bermaafan dan kalau boleh tidak lagi mengulangi sikap buruk mereka, namun masih ada segelintir netizen yang tidak berhenti ‘membawang’ dan mengkritik teruk gaya rambut terbaru pelakon Scha Al Yahya.
Mereka menganggap potongan rambut itu tidak sesuai dengannya dan kelihatan seperti orang gila. Meskipun dimalukan sebegitu, Scha bagaimanapun beliau tidak terkesan dengan pendapat berkenaan yang agak biadap.
Saya gembira dapat potong rambut pendek kerana sudah beberapa tahun menyimpan rambut panjang, jadi ia seperti satu imej baharu dalam kerjaya saya. Apabila ada orang menyamakan rambut saya dengan kobis dan mop lantai, saya okey sahaja kerana saya seorang yang hati kering, mereka boleh mengata saya, cuma jangan sentuh anak saya sahaja.
Saya berasa bebas kerana sudah lama tidak berambut pendek, jadi buat masa sekarang, saya akan menikmati gaya ini sepuas-puasnya.
Namun, masih ada yang memuji Scha lebih cantik dan comel persis wanita Jepun dengan fesyen terbaru rambutnya itu.